Saturday 7 September 2013


                 Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56

logo-hari-merdeka
Gambar di atas menunjukan Logo Merdeka untuk kali yang ke 56.
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.
Tahun 2013 juga istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia. Sempena sambutan ini, kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini. Acara-acara yang akan diadakan adalah:
i) Acara Bot Berhias yang akan diadakan pada 15 September 2013 bertempat di tebingan Sungai Sarawak.
ii) Acara sambutan di Sarawak diadakan pada sebelah siang 16 September 2013 di Padang Merdeka, Kuching dan dijangka turut melibatkan pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas sambutan berkenaan.
iii) Sambutan acara Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di Sabah pula akan diadakan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Pelbagai program diadakan sempena sambutan ini bermula pada 15 September 2013 termasuk pelbagai aktiviti Karnival Rakyat. Acara kemuncak sambutan pada 16 September 2013 di Sabah akan dimeriahkan dengan penyertaan semua kaum di Sabah yang terdiri dari 35 kumpulan kaum/etnik yang lengkap dengan pakaian tradisional suku kaum masing-masing dan akan diadakan pada sebelah malam.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia 
Isu Harga Barang Naik




KUALA LUMPUR - Ketika bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri menjelang tiba, harga barangan keperluan pengguna didapati meningkat.
   
Misalnya dalam tinjauan Bernama di Pasar Basah Seksyen 17, Petaling Jaya, didapati bawang besar yang sebelum ini dijual pada harga RM2.20 sekilogram, meningkat ke RM2.50 sekilogram.
   
Begitu juga dengan cili merah yang sebelum ini dijual RM9 sekilogram naik kepada RM10 sekilogram sementara tepung gandum naik kepada RM2.20 sekilogram berbanding RM2.10 sebelum ini.
   
Seorang peniaga sayur M. Ganesamy, 31, mengakui tentang kenaikan harga barangan dengan berkata pemborong mengenakan harga yang mahal menyebabkan para peniaga turut terpaksa menaikkan harga, misalnya harga ubi kentang dan bawang naik antara 10 hingga 40 sen.
   
"Kami terpaksa berbuat demikian kerana menurut pemborong, bahan-bahan tersebut mempunyai permintaan yang tinggi sebelum dan semasa bulan puasa.
  
"Ramai pelanggan yang merungut kerana harga yang dijual lebih mahal berbanding hari-hari biasa, tetapi kami tidak boleh buat apa-apa kerana pemborong menjual pada harga begitu," katanya kepada Bernama.
     
Ia disokong oleh suri rumah, Ruby Wong, 29, bahawa sesetengah bahan mentah dijual dengan harga mahal terutama pada musim perayaan menyebabkan beliau tidak berani membelinya dalam kuantiti yang banyak.
   
"Tidak kira sambutan Deepavali, Hari Raya ataupun Tahun Baru Cina, harga bahan-bahan masakan seperti cili, ubi kentang, telur dan sayuran mesti naik kerana peniaga mahu mengambil kesempatan sempena musim perayaan," katanya.
     
Namun keadaan ini didapati tidak berlaku di sebuah pasar raya di ibu kota dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kelana Jaya.
   
 Harga barangan di pasar raya ini tidak mengalami kenaikan, walaupun dihadkan penjualannya bagi setiap pelanggan.
  
Pengurus pasar raya berkenaan yang enggan dikenali berkata permintaan tinggi untuk barangan makanan pada bulan puasa menyebabkan pihaknya terpaksa mengehadkan kuantiti penjualan.
    
"Barangan seperti minyak masak, kita beri dua botol setiap pelanggan dan telur dihadkan hanya 60 biji seorang. Kita hadkan kerana bimbang bekalan untuk pelanggan tidak cukup.
   
"Selain itu gula, mentega dan susu sejat krimer manis antara barangan yang mudah habis dijual dan barangan tersebut terpaksa dihadkan penjualannya untuk mengekalkan bilangan stok," katanya.
   
Pengurus KR1M Kelana Jaya, Mohd Luqman, 40, berkata harga barangan kawalan seperti minyak masak, gula dan beras tidak berubah dan bekalannya mencukupi sehingga menjelang Aidilfitri.
   
"Beras dan minyak masak antara barangan yang cepat habis dijual, biasanya pelanggan akan membeli dalam kuantiti yang banyak menyebabkan kami terpaksa menambahkan bilangan barangan tersebut dari stor kami setiap hari.

"Pelanggan tidak perlu risau akan kekurangan bekalan makanan di KR1M kerana kami akan sentiasa menambah bilangan barangan dari semasa ke semasa," katanya.
  
Pengunjung KR1M itu, Halina Bibi, 54, berkata harga barangan sentiasa kekal stabil di KR1M tetapi tidak berlaku di pasar biasa.
   
"Kerana harga barangannya stabil, saya lebih suka berbelanja di KR1M berbanding di pasar lain yang harga barang tidak menentu..

Isu Pembuangan Bayi Semakin Berleluasa


Apr 12, 2010

Isu Pembuangan Bayi Semakin Berleluasa


Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.

Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka. Ingatlah kita bersama bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi Islam. Firman Allah S.W.T didalam surah an-nisa’ ayat 93:

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.
Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu seks bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. Negara kita dah lebih sedekat merdeka tapi segelintir masyarakyat, fikiran mereka masih lagi dijajah dengan pengaruh budaya barat. Baru-baru ni ada terbaca yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyokong dan memberi bantuan kepada ibu yang telah melahirkan bayi luar nikah. Mungkinkah perkahwinan di usia muda dapat membantu membanteras gejala pembuangan bayi. Apa pandangan anda?
              Isu Peperangan Di Syria...







Meskipun pejuang-pejuang semakin banyak memenangi pertempuran mengalahkan tentera rejim. Namun keadaan di Syria kini semakin menyedihkan. Kemusnahan harta benda dan jiwa terus meningkat. 


Setiap hari jumlah kematian terus bertambah akibat serangan bom,roket  serta pertempuran antara pejuang dan tentera rejim. Dianggarkan setiap hari angka korban antara 100-300 orang tanpa hentinya sejak lebih setahun lalu. Kini angka jumlah korban akibat perang yang dilancarkan oleh rejim terhadap rakyatnya sendiri sudah melebihi 60 ribu orang 


Kerosakan dan kemusnahan bandar-bandar utama dan serta segala kemudahan prasarana kehidupan begitu teruk musnah akibat  peperangan antara tentera rejim/ sekutunya dan pejuang. Kini dikatakan tiada lagi pekan atau bandar yang belum terkena bom tentera rejim. 

 
Kini derita rakyat makin bertambah bila musim sejuk tiba ia kana menambahkan lagi penderitaan rakyat Syria yang sudah pun lama derita akibat terperangkap dengan kepungan peperangan. Ketiadaan kemudahan letrik, air bersih utk minum tentunya akan menyusahkan dan menambah derita rakyat. 

ISU KENAIKAN HARGA BARANG

Kenapa Tidak Berterima Kasih Apabila Harga Petrol, Diesel Diturunkan?
Bagaikan satu rahmat apabila perkembangan harga minyak dunia yang turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, membolehkan kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel.

N.A.I.K    L.A.G.I........
kenaikan_harga_barang
Kita pasti ingat pada 5 Jun lalu - ungkapan "harga petrol naik lagi" diluahkan dengan emosi marah. Tetapi kenapa situasi hari ini, kita tidak menyambut pengumuman penurunan harga petrol dengan ungkapan "harga petrol turun lagi" bersama nada gembira?
Semua orang tahu, ini kali keempat kerajaan menurunkan harga runcit petrol dan diesel. Daripada kenaikan sebanyak 78 sen empat bulan lalu, kini harga runcit petrol misalnya sudah diturunkan sebanyak 55 sen menjadi RM2.15 manakala harga diesel dikurangkan kepada RM2.05 sekarang.
Sambutan dingin dan kurang memberangsangkan ini ada sebabnya. Hakikatnya masyarakat pengguna masih menunggu para peniaga menurunkan harga jualan ke paras yang munasabah atau kembali ke harga asal ketika harga petrol RM1.92 seliter .
Ketika harga minyak meningkat pada 5 Jun lalu, harga bagi hampir semua barangan naik antara 15 peratus dan 30 peratus. Kos operasi turut naik antara 30 dan 40 peratus.
Daripada barang makanan hingga kepada tambang pengangkutan, semuanya mengalami kenaikan harga atas alasan harga petrol dan diesel telah naik. Peniaga naikkan harga secepat kilat.
Tetapi kini, setelah harga petrol dan diesel diturunkan oleh kerajaan sejak lebih dua bulan lalu, terlalu banyak peniaga yang masih enggan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan kepada pengguna.
Penurunan harga bahan api mungkin tidak disenangi oleh golongan peniaga. Mereka akan beri seribu satu alasan. Tetapi sikap tamak dan tidak bertimbang rasa kepada pengguna mungkin sukar dinafikan jika peniaga terlalu mengira dari sudut untung rugi.
Apa yang pelik, kita langsung tidak mendengar ada peniaga yang menyokong Perdana Menteri ketika pengumuman kenaikan harga minyak dahulu. Begitu juga ucapan terima kasih, tidak pun dinyatakan ketika penurunan harga bahan api diumumkan.
Sikap degil dan tidak sensitif terhadap tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat cukup 'meletihkan' kita.
Sepatutnya kerajaan dan pengguna tidak perlu merayu kepada para peniaga. Mereka sendiri sepatutnya sedar dan mempunyai tanggungjawab sosial dengan menurunkan harga barang secara sukarela tanpa perlu menerima desakan daripada kerajaan dan orang ramai.
Oleh kerana kerajaan telah empat kali menurunkan harga bahan api, langkah itu diharap mampu mempengaruhi penurunan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran. Logiknya memang patut pun demikian.
Jika sebelum ini semua perniagaan yang berteraskan petroleum menaikkan harga barangan dan caj perkhidmatan mereka, maka sudah kena masanya sekarang, ia harus diteliti semula.
Bagaimanapun, penurunan harga minyak yang diumumkan kerajaan hari ini tidak memberi sebarang manfaat kepada pengguna jika harga barangan keperluan masih melambung tinggi.
Kepada pengguna, kita usah mengikut perangai peniaga yang tidak tahu berterima kasih.
Sebagai pengguna, memang ramai yang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan menaikkan harga petroleum dahulu.
Tetapi sebagai rakyat negara ini, kita amat berterima kasih dengan penurunan harga tersebut yang sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit perbelanjaan harian.
Pengurangan harga minyak ini, membolehkan kita merancang semula perbelanjaan harian. Pasti ramai yang melahirkan rasa lega dengan penurunan ini. Malah ramai yang berharap kerajaan akan mengkaji kadar harga baru itu dari semasa ke semasa bagi kepentingan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.
Walaupun akan ada segelintir rakyat menyuarakan pandangan bahawa penurunan ini terlalu kecil dan gagal menangani masalah inflasi, khususnya dalam menurunkan harga barangan, tetapi ia suatu langkah yang wajar diambil daripada tiada tindakan langsung.
Kalau mengikut firasat pakar ekonomi, ketika harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini maka harga petrol sebaik-baiknya dikembalikan ke harga asalnya iaitu RM1.92 seliter bagi merangsangkan ekonomi negara.
Malah, lebih daripada itu, kita mengharapkan ekonomi kita akan berdaya saing dan pulih segera, walaupun kini berdepan dengan krisis kewangan global.

Wednesday 4 September 2013

INFO PRIBADI
NAMA:MOHAMAD FIKRI BIN SULONG
NO METRIX:04DET13F1133
ALAMAT:NO 79 TAMAN SERI KERAMAT 26500,
                 MARAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
                ( YIE79 BLOGSPOT.COM)
NO H/P:0145349891